ALOR SETAR: Seorang lelaki warga emas maut digilis sebuah lori treler selepas terjatuh dari motosikal yang ditungganginya dalam kemalangan di Jalan Gangsa, Mergong, di sini pada Rabu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 10 pagi.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Alor Setar yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ahmad Nozlan Zakaria bersama 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Setiba di lokasi didapati, terdapat kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Honda EX-5 dengan sebuah treler.
"Terdapat seorang mangsa iaitu lelaki warga emas berusia 73 tahun dipercayai digilis di bahagian kepala serta badan dan tersepit di bawah lori di bahagian tayar hadapan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Ahmad Naufal berkata, tindakan yang dilakukan anggota bomba adalah dengan mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas.
Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi tidak lama kemudian.
Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Tindakan lanjut pasukan bomba adalah dengan membersihkan sisa kemalangan di atas jalan raya di lokasi kejadian sehingga selesai," katanya.
Mayat warga emas itu kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Apr 17 2024
Seorang lelaki warga emas maut digilis sebuah lori treler selepas terjatuh dari motosikal yang ditungganginya dalam kemalangan di Jalan Gangsa, Mergong, Alor Setar, pada Rabu. - Gambar ihsan bomba
Projek pesawat hipersonik Skylon terkubur selepas syarikat bankrap
Pembangunan Skylon dan enjin SABRE kini terkubur selepas Reaction Engines memfailkan notis bankrap pada 31 Oktober lalu.
"Kita tidak ada dana khusus sukan permotoran, sebaliknya..." - Adam
Tmbalan Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Adam Adli memberitahu bahawa kerajaan tidak mempunyai dana khusus untuk sukan permotoran, sebaliknya kerajaan menggunakan beberapa dana sedia ada seperti Geran Padanan Sukan (GPS), Dana Sukan Komuniti dan Dana Sukan Kawasan. Tahun 2023 sahaja dana sebanyak RM7.4 juta telah diluluskan, tambah beliau.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LHDN tidak pernah hantar pautan status bayaran balik melalui portal MyTax
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak pernah menghantar sebarang pautan kepada pembayar cukai berkaitan status bayaran balik melalui portal MyTax, menurut agensi pentadbir cukai itu.
Banjir: Keluarga diraja Sepanyol tunda lawatan susulan ketegangan di Valencia
Keputusan dibuat melalui persetujuan bersama antara pihak berkuasa negara Sepanyol, kerajaan autonomi Valencia, dan Istana Diraja.
Warga Palestin di AS skeptikal pilihan raya bawa perubahan di Tebing Barat
Tinjauan bancian 2022 mendapati terdapat kira-kira 172,000 rakyat Palestin-Amerika tinggal di Amerika Syarikat (AS) dengan ramai dari negeri penentu atau swing state seperti Michigan dan Pennsylvania. Bagaimanapun, menjelang Hari Memilih Presiden 5 November, hati mereka berbelah-bagi, malah ada yang merancang untuk tidak keluar mengundi kerana yakin tiada perubahan yang akan berlaku di negara asal mereka.
Juruiring kenamaan pukul pemandu e-hailing OKU didakwa hari ini
Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan ringkasnya berkata, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Diana Danielle fail cerai pagi ini
Pelakon jelita, Diana Danielle hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan bagi pendaftaran rujuk dan pemfailan permohonan perceraian terhadap suaminya, pelakon, Farid Kamil pada jam 9 pagi.
Pelakon berusia 33 tahun itu memakai jubah hitam kelihatan tenang tiba bersama peguam syarienya, Datuk Akberdin Abdul Kadir.
Pelakon berusia 33 tahun itu memakai jubah hitam kelihatan tenang tiba bersama peguam syarienya, Datuk Akberdin Abdul Kadir.
Malaysia akan bawa usul kecam Israel ke persidangan di Arab Saudi
Mesyuarat ketiga Persidangan Dewan Rakyat yang masuk minggu keempat hari ini dimulakan dengan penerangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Microsoft bina pusat data guna kayu balak untuk kurangkan jejak karbon
Walaupun kayu CLT ini lebih mahal berbanding konkrit dan besi, ia jauh lebih ringan dan mudah untuk membangunkan struktur bangunan.
Peguam Muhyiddin mohon pindah kes ke Mahkamah Tinggi
Kes itu membabitkan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri baru-baru ini.
MotoGP: Khairul Idham Pawi patah tangan kiri, terlepas perlumbaan sebenar esok
Khairul Idham Pawi dan Helmi Azman terlibat dalam kemalangan pada penghujung perlumbaan pusingan kelayakan 1 bagi kelas Moto2 MotoGP Malaysia.
Wanita maut motosikal dilanggar kereta dipandu warga asing
Wanita berusia 22 tahun yang menunggang motosikal Yamaha Ego Avantiz dilanggar kereta jenis Naza dipandu warga asing berusia 33 tahun.
Suami isteri maut, anak parah, MPV rempuh jentera pengorek tanah di Kuantan
Sepasang suami isteri maut, manakala anak mereka cedera parah apabila kereta dinaiki merempuh jentera pengorek tanah.
Pengantin baharu terlibat kemalangan di Singapura, keluarga mohon bantuan awam
Akif-Zarr yang dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru dari tempat kerja telah digilis sebuah motosikal berkuasa besar.
Remaja maut terperosok bawah MPV di Tambun
Seorang remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah MPV di Bandar Baru Tambun, awal pagi ini.
Polis kesan saksi kemalangan maut penunggang motosikal di Lebuhraya Cheras-Kajang
Kejadian dipercayai berlaku pada 5.55 pagi 12 Okt menyebabkan seorang lelaki warga tempatan berusia 53 tahun maut.
Ambulans bawa wanita hamil rempuh lembu di Gua Musang
Ambulans itu dalam perjalanan ke Hospital Sultan Sultan Ismail Petra (HSIP) di Kuala Krai ketika kemalangan berlaku pada kira-kira 4 pagi.
Beg berisi wang hilang, Azlan Komeng rayu pulangkan
PELAKON aksi, Azlan Komeng mendedahkan beg yang mengandungi barang niaga dan sejumlah wang tunai hilang selepas mereka terlibat dalam kemalangan pada Jumaat lalu di Kuala Lipis, Pahang.
Wanita maut kereta dipandu rempuh jentolak
Mangsa yang memandu kereta Axia itu tidak sempat membrek lalu merempuh belakang sebuah jentolak yang sedang bergerak.
Platform GMAT.com.my tawar pelan kemalangan pendaki
Pelan kemalangan pendaki (PA) menawarkan perlindungan kewangan terhadap pendaki yang ditimpa kemalangan ketika melakukan aktiviti pendakian di Malaysia yang mana terhad sehingga ketinggian 3,000 meter