awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas korban pertama banjir di Johor

Sinar Harian
Sinar Harian
07/01/2022
22:50 MYT
Warga emas korban pertama banjir di Johor
Mayat mangsa ditemui pasukan penyelamat kira-kira 50 meter dari lokasi terakhir dilaporkan hilang. -Foto Sinar Harian
SEGAMAT: Seorang warga emas menjadi korban pertama bencana banjir di negeri ini selepas ditemui lemas dalam satu kejadian di Kampung Serakek di sini, pada Jumaat.
Mangsa, Gan Ai Boon, 63, ditemui kira-kira jam 5.40 petang selepas dilaporkan keluar dari rumah untuk ke kebun miliknya pada jam 3 petang pada Khamis.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Segamat, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Hazim Abd Razak berkata, mangsa dipercayai lemas akibat dihanyutkan arus ketika sedang melintas satu laluan yang masih dinaiki air di kawasan berkenaan.
“Ketika kejadian, memang terdapat arus akibat daripada limpahan tali air di kawasan berkenaan. Mangsa dipercayai merentas laluan itu menggunakan motosikal sebelum terjatuh dan dihanyutkan.
“Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 4.49 petang (Jumaat) sebelum operasi pencarian dimulakan dari kawasan motosikal mangsa ditemui,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, pada Jumaat.
Muhammad Hazim berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira 50 meter daripada lokasi pencarian dimulakan.
“Operasi pencarian dilakukan dengan kaedah surface searching daripada lokasi terakhir mangsa dipercayai hilang. Kita percaya ketika kejadian semalam, arus di laluan berkenaan agak kuat.
“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk proses bedah siasat dan tindakan selanjutnya,” ujar beliau.
Beliau berkata, operasi pencarian melibatkan seramai sembilan anggota dengan bantuan dua jentera dan sebuah bot ringan.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#banjir
#Kampung Serakek
#Gan Ai Boon
#Muhammad Hazim Abd Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan