MALAYSIA
  
            Warga emas layak automatik tunai haji sukar dilaksanakan masa ini - Mujahid
Mujahid berkata dasar sistem pendaftaran haji yang diperkenalkan sejak 1995 iaitu konsep ‘siapa daftar dahulu, dia didahulukan’ yang dipegang TH juga menjadi antara kekangan. - Gambar fail/FB Dr Mujahid Yusof Rawa
            
      SHAH ALAM: Cadangan supaya individu berumur 60 tahun ke atas diberikan kelayakan automatik untuk menunaikan haji melalui pakej muassasah mungkin sukar dilaksanakan ketika ini dengan mengambil kira kemampuan kewangan semasa Lembaga Tabung Haji (TH).
Ringkasan AI
Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, dasar sistem pendaftaran haji yang diperkenalkan sejak 1995 iaitu konsep ‘siapa daftar dahulu, dia didahulukan’ yang dipegang TH juga menjadi antara kekangan untuk membolehkan syor berkenaan dibuat.
“Pelaksanaan ini bukan kata tidak boleh tapi agak sukarlah kalau kita hendak berikan satu kuasa automatik orang berusia 60 tahun dapat pergi haji. Ia akan menyebabkan proses penggiliran yang di bawahnya pula menjadi masalah.
“Kita tidak nafikan jumlah calon jemaah haji berusia 60 tahun ke atas yang masih menunggu giliran haji ketika ini sangat ramai. Itu hakikatnya, malah kita juga perlu ingat dalam masa dua tahun tidak boleh mengerjakan haji sebelum ini kerana wabak Covid-19 turut memberi kesan kepada tempoh penggiliran dan menyebabkan ia menjadi tertunggak,” katanya kepada Sinar Harian.
Mengulas lanjut, Mujahid berkata, isu mengenai giliran haji merupakan antara fokus utama yang turut dibincangkan ketika beliau masih lagi memegang jawatan menteri bertanggungjawab terhadap TH sebelum ini.
“Isu mengenai penggiliran haji terutama melibatkan calon menunggu yang berusia 60 tahun ke atas ini memang menjadi perbincangan sejak sekian lama tetapi kita juga perlu sedar ia bergantung kepada sistem yang TH perkenalkan sebelum ini. Namun, ia tidak bermakna kita tidak boleh meneliti perkara ini,” jelasnya.
Beliau berkata, antara cadangan yang mungkin boleh dipertimbangkan bagi mengatasi tempoh lama menunggu giliran menunaikan haji ialah dengan menetapkan had umur mendaftar.
“Sesetengah ibu bapa yang berkemampuan lahir sahaja anak, mereka terus daftar untuk buat haji. Jadi, kanak-kanak ini sudah memotong barisan orang lain terutamanya golongan berusia yang ingin ke Tanah Suci tetapi belum ada wang yang mencukupi untuk menunaikan haji.
“Jadi syarat-syarat yang ada ketika ini kita perlu lihat kembali dan cuba untuk menaikkan lagi had umur untuk menunaikan haji. Tetapi dalam masa sama kita juga perlu kembali kepada konsep menunaikan haji itu sendiri iaitu memenuhi syarat istitoah,” ujarnya. -- Sinar Harian
               
  Ringkasan AI
- Cadangan kelayakan automatik haji untuk individu 60 tahun ke atas sukar dilaksanakan kerana kekangan kewangan Tabung Haji dan dasar pendaftaran siapa daftar dahulu, dia didahulukan.
- Jumlah calon berusia 60 tahun ke atas yang menunggu giliran sangat ramai, ditambah kesan tertunggak akibat penangguhan haji semasa pandemik Covid-19.
- Antara solusi yang dicadang ialah menetapkan had umur pendaftaran haji, bagi mengelak kanak-kanak memotong giliran golongan berusia, sambil menekankan syarat istitoah (kemampuan) dalam ibadah haji.