awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
EPL: Spurs mangsa kebangkitan Manchester United seterusnya
Rakyat Thailand keluar mengundi untuk pilih Ahli Parlimen baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut, 3 cedera nahas empat kenderaan

Sinar Harian
Sinar Harian
24/04/2023
10:40 MYT
Warga emas maut, 3 cedera nahas empat kenderaan
Seorang warga emas maut manakala tiga lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan empat kenderaan di Kilometer 80, Jalan Johor Bharu-Ayer Hitam, pada Isnin. - Sinar Harian
KLUANG: Seorang warga emas maut manakala tiga lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan empat kenderaan di Kilometer 80, Jalan Johor Bharu-Ayer Hitam, dekat sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kluang, Assisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kemalangan pada jam 9.45 pagi itu melibatkan kereta Proton Iswara, Mazda, Proton Persona, dan sebuah lori jenis Hino.
"Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati Proton Iswara dari arah Ayer Hitam menghala ke Simpang Renggam manakala dua kereta dan lori berkenaan dari arah Simpang Renggam menghala ke Ayer Hitam.
"Proton Iswara secara tiba-tiba masuk ke lorong sebelah dan melanggar tayar belakang lori berkenaan. Akibat perlanggaran itu, Proton Iswara berpusing lalu bertembung dengan Mazda yang berada di belakang lori.
"Sementara Proton Pesona sempat mengelak Proton Iswara dan Mazda. Bagaimanapun, Proton Pesona itu telah melanggar serpihan kemalangan yang berada di jalan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, akibat kemalangan tersebut, pemandu Proton Iswara, Soh Moi Choi, 67, beralamat di Simpang Renggam, cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Manakala pemandu Mazda, Madmozely-Liza, 30, patah tangan sebelah kiri manakala ibunya, Saodah, 72, yang duduk di hadapan cedera di badan dan anak saudara warga emas tersebut, Muhammad Shamer Az Zikri, 22, cedera ringan.
Menurut Bahrin, Saodah dan Muhammad Shamer kini dirawat di Zon Kuning Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga emas
#kemalangan empat kenderaan
#Jalan Johor Bharu-Ayer Hitam
#Polis Daerah Kluang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan