MALAYSIA
Warga emas maut dalam kemalangan di Muar
Menurut polis, kemalangan di Jalan Pintasan Bakri, Sungai Abong, Muar malam tadi dipercayai berlaku apabila Toyota Vios yang dipandu melawan arus bertembung dengan Honda City yang berada di lorong betul. - Foto JBPM Johor
MUAR: Seorang wanita warga emas maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Jalan Pintasan Bakri, Sungai Abong di sini malam tadi.
Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Mohd Fettry Mahat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.47 malam sebelum sepasukan 12 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata mangsa yang berusia 73 tahun meninggal dunia di tempat kejadian setelah tersepit dalam Toyota Vios yang dipandu seorang wanita berusia 44 tahun.
"Sebuah lagi kereta, iaitu Honda City yang dipandu wanita berusia 19 tahun serta penumpangnya, lelaki berusia 25 tahun cedera ringan dan telah dikeluarkan oleh orang awam," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Mohd Fettry berkata pihak bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan warga emas itu yang tersepit sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian.
Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital dengan operasi tamat sepenuhnya pada 10.51 malam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Toyota Vios dipandu melawan arus selepas tersilap masuk lorong sebelum bertembung dengan kereta Honda City yang berada di lorong betul.
Beliau berkata akibat perlanggaran itu, penumpang Toyota Vios mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala tiga mangsa lain cedera ringan.
"Mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
--BERNAMA