Warga emas maut dilanggar kereta api

Muhafandi Muhamad
Ogos 17, 2017 04:36 MYT
Seorang wanita warga emas dijumpai maut dipercayai dilanggar kereta api berhampiran Stesen Kereta Api Bertam Lama. -Astro AWANI/Muhafandi Muhamad
Seorang wanita warga emas dijumpai maut berhampiran Stesen Kereta Api Bertam Lama, di sini, pagi ini.
Mangsa dipercayai dilanggar kereta api dari arah Tumpat menghala ke Gua Musang.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi, mangsa yang berusia sekitar 80-an tanpa sebarang pengenalan diri itu ditemukan dalam keadaan terbaring dengan kecederaan parah di kepala dan kaki.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata kes masih lagi dalam siasatan.
Menurutnya, mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.
#dilanggar kereta api #Rajab Ahad Ismail #Stesen Kereta Api Bertam Lama #warga emas