MALAYSIA
Warga emas maut dilanggar kereta terbabas laluan bertentangan
Seorang warga emas meninggal dunia dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, berhampiran Kampung Wakaf Bunut. -Foto PDRM
PASIR PUTEH: Seorang warga emas maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 43 Jalan Kota Bharu–Kuala Terengganu, berhampiran Kampung Wakaf Bunut, di sini pagi tadi.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 7.05 pagi daripada Bilik Gerakan Pasir Puteh.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 6.50 pagi apabila pemandu kereta jenis Nissan Sentra, seorang wanita tempatan berusia 27 tahun, yang memandu dari arah Kampung Tok Kamis menghala ke Bandar Pasir Puteh, telah terbabas ke laluan bertentangan.
“Kenderaan tersebut kemudian bertembung dengan sebuah motosikal jenis Honda yang ditunggang seorang lelaki tempatan berusia 77 tahun.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Pasir Puteh, Insp Aliah Syafinah Ani Sarudin di talian 013-6706156 atau hadir ke balai polis berdekatan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Seorang warga emas meninggal dunia dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, berhampiran Kampung Wakaf Bunut.
- Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria, mengesahkan kemalangan berlaku pada jam 6.50 pagi, apabila kereta Nissan Sentra wanita 27 tahun terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal Honda lelaki 77 tahun.
- Mangsa kemalangan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian; siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 7.05 pagi daripada Bilik Gerakan Pasir Puteh.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 6.50 pagi apabila pemandu kereta jenis Nissan Sentra, seorang wanita tempatan berusia 27 tahun, yang memandu dari arah Kampung Tok Kamis menghala ke Bandar Pasir Puteh, telah terbabas ke laluan bertentangan.
“Kenderaan tersebut kemudian bertembung dengan sebuah motosikal jenis Honda yang ditunggang seorang lelaki tempatan berusia 77 tahun.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Pasir Puteh, Insp Aliah Syafinah Ani Sarudin di talian 013-6706156 atau hadir ke balai polis berdekatan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang menyebabkan kemalangan berlaku di Kilometer 43 Jalan Kota BharuKuala Terengganu?
A: Sebab utama kemalangan berlaku apabila pemandu kereta terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah motosikal. - Q: Siapakah yang terlibat dalam kemalangan tersebut?
A: Dua individu yang terlibat ialah seorang wanita tempatan berusia 27 tahun yang memandu kereta Nissan Sentra, dan seorang lelaki tempatan berusia 77 tahun yang memandu motosikal Honda. - Q: Apakah kesan kemalangan tersebut kepada mangsa yang terlibat?
A: Mangsa yang ditunggang motosikal, seorang lelaki berusia 77 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. - Q: Apakah tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa berkenaan kemalangan itu?
A: Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 oleh pihak berkuasa polis Pasir Puteh. - Q: Bagaimana orang ramai boleh membantu dalam siasatan kemalangan tersebut?
A: Orang ramai diminta tampil membantu siasatan dengan memberikan maklumat berkaitan kejadian kepada Pegawai Penyiasat Trafik IPD Pasir Puteh atau hadir ke balai polis berdekatan.