MALAYSIA

Warga emas maut dilanggar pemandu mabuk

Sinar Harian 05/01/2026 | 05:45 MYT
Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut. -Foto tular media sosial
GEORGE TOWN: Seorang wanita warga emas maut selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam kejadian di Jalan Lembah Permai, Tanjung Tokong di sini lewat malam Ahad.


Ringkasan AI
  • Seorang wanita warga emas berusia 67 tahun maut selepas dirempuh sebuah SUV di Jalan Lembah Permai, Tanjung Tokong.
  • Mangsa tercampak ke atas jalan raya selepas pelanggaran berlaku, dan mengalami kecederaan parah sehingga meninggal dunia di tempat kejadian.
  • Pemandu SUV disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had dibenarkan, telah ditahan dan akan direman bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa berusia 67 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak ke atas jalan raya akibat pelanggaran tersebut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, kemalangan melibatkan seorang pejalan kaki wanita dan sebuah SUV yang dipandu lelaki warga asing berusia 51 tahun.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati SUV berkenaan sedang bergerak dari arah Jalan Mount Erskine menghala ke Jalan Tanjung Bungah sebelum melanggar mangsa yang sedang melintas jalan dari kiri ke kanan.

“Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak ke atas permukaan jalan dan mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, ujian saringan kandungan alkohol yang dijalankan ke atas pemandu SUV mendapati lelaki terbabit disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had dibenarkan.

"Susulan itu, pemandu berkenaan telah ditahan dan akan direman bagi membantu siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian," ujarnya. -Sinar Harian






Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang menyebabkan kemalangan yang melibatkan wanita warga emas dan sebuah SUV di Jalan Lembah Permai, Tanjung Tokong?
    A: Mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut apabila tercampak ke atas jalan raya akibat dilanggar oleh SUV ketika sedang melintas jalan dari kiri ke kanan.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil terhadap pemandu SUV yang terlibat dalam kemalangan tersebut?
    A: Pemandu SUV yang disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had dibenarkan telah ditahan dan akan direman bagi membantu siasatan lanjut.
  • Q: Apakah tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap pemandu SUV berkenaan?
    A: Pemandu SUV akan disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.



#warga emas #pemandu mabuk #Jalan Lembah Permai Tanjung Tokong #pemandu SUV