awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
EPL: Spurs mangsa kebangkitan Manchester United seterusnya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut dirempuh kereta

Azee Shafy
Azee Shafy
10/06/2022
03:30 MYT
Warga emas maut dirempuh kereta
Siasatan awal mendapati sebuah kereta yang dipandu seorang wanita dalam perjalanan dari arah Bandar Bera menghala ke Felda Mayam. - Foto ihsan PDRM
BERA: Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta dalam kejadian di jalan Bera-Mayam berdekatan persimpangan Chuat, dekat sini, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Bera, Suprintendan Mansor Samsudin berkata, dalam kejadian pada jam 9.20 pagi itu, mangsa, Yow Kim Sun, 85, meninggal dunia di tempat kejadian.
"Siasatan awal mendapati sebuah kereta yang dipandu seorang wanita dalam perjalanan dari arah Bandar Bera menghala ke Felda Mayam, dan secara tiba-tiba motosikal yang ditunggang mangsa keluar dari simpang sebelah kiri dan melanggar bahagian kiri depan kereta itu.
"Akibat pelanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mansor berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Alta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#motosikal
#kemalangan
#dirempuh
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan