Warga emas maut jatuh bangunan 14 tingkat

Sinar Harian
Mei 31, 2022 22:15 MYT
Seorang lelaki warga emas ditemui maut selepas terjatuh dari sebuah bangunan pangsapuri 14 tingkat di Banda Hilir pada awal pagi Selasa. -Gambar fail
MELAKA: Seorang lelaki warga emas ditemui maut selepas terjatuh dari sebuah bangunan pangsapuri 14 tingkat di Banda Hilir pada awal pagi Selasa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat lelaki berusia 67 tahun itu pada jam 8.50 pagi.
Menurutnya, siasatan awal mendapati sebelum kejadian mangsa memandu sebuah kereta ke pangsapuri berkenaan.
"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.
"Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan siasatan punca kematian masih diteruskan," katanya.
Tambahnya, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang sering sakit pernah memaklumkan kepada isterinya yang dia tidak mahu hidup lama.
*Berita asal di Sinar Harian

Bagi yang memerlukan perkhidmatan sokongan emosi, boleh menghubungi talian tertera:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WHATSAPP Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan)
KSK-Care JAKIM di WHATSAPP 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
#warga emas #Raiz Mukhliz Azman Aziz #jatuh bangunan pangsapuri 14 tingkat #Banda Hilir