awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut kemalangan setelah pulang mengaji

Bernama
Bernama
03/06/2024
11:04 MYT
Warga emas maut kemalangan setelah pulang mengaji
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 32.5 Jalan Seremban - Tampin pada 1.15 tengah hari tadi. - Foto Sinar Harian
REMBAU: Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 32.5 Jalan Seremban - Tampin pada 1.15 tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Rembau DSP Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata wanita terbabit dalam perjalanan pulang selepas mengaji di Madrasah Bongek di sini.
Menurut beliau, kemalangan itu membabitkan kenderaan Perodua Axia dipandu mangsa, Zahariah Shariff berusia 66 tahun dengan dua kenderaan lain iaitu Proton Iswara dan Proton Wira masing-masing dipandu lelaki berusia 49 tahun dan 22 tahun.
"Mangsa dari arah Rembau menghala ke Tampin disyaki hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar Proton Iswara dari arah bertentangan.
"Akibat kemalangan itu, kereta Proton Wira dari arah belakang Proton Iswara itu tidak dapat mengelak lalu melanggar kenderaan mangsa di sebelah kiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan dan kepala, manakala pemandu Proton Wira tidak mengalami kecederaan dan pemandu Proton Iswara pula menerima rawatan lanjut di Hospital Rembau.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#kemalangan
#pulang mengaji
#Polis Daerah Rembau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan