MALAYSIA
Warga emas maut, motosikal masuk laluan bertentangan
Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA). - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang warga emas maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 4.8, Jalan Kota Tinggi-Kluang, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata kemalangan kira-kira 6.10 pagi itu melibatkan sebuah motosikal Yamaha LC135 serta dua buah kereta, masing-masing Proton Saga dan Proton X50.
Beliau berkata mangsa berusia 73 tahun yang menunggang motosikal tersebut dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan dua kereta.
"Akibat perlanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Yusof berkata pemandu Proton Saga, seorang lelaki warga emas berusia 69 tahun, mengalami cedera ringan manakala pemandu Proton X50, lelaki tempatan berusia 22 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
-- BERNAMA