awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang

Bernama
Bernama
02/03/2025
12:00 MYT
Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Lee berkata dalam nahas kira-kira 8.30 pagi itu, motosikal ditunggang mangsa yang berusia 71 tahun dipercayai terbabas setelah bergesel dengan sebuah motosikal lain. - Gambar fail/Bernama
GEORGE TOWN: Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di Kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai di sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake berkata dalam nahas kira-kira 8.30 pagi itu, motosikal ditunggang mangsa yang berusia 71 tahun dipercayai terbabas setelah bergesel dengan sebuah motosikal lain.
"Lelaki warga emas itu maut di tempat kejadian manakala penunggang sebuah lagi motosikal yang merupakan warga asing dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke HPP untuk bedah siasat dengan kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Lee berkata kemalangan berasingan melibatkan sebuah kereta dan bas menyebabkan kesesakan teruk di Jambatan Pulau Pinang di kedua-dua hala sejauh lima kilometer pagi tadi.
Beliau berkata kemalangan pada 9.20 pagi itu menyaksikan kereta berkenaan terbaik dan terbabas lalu memasuki laluan bertentangan iaitu menghala ke George Town setelah melanggar bahagian belakang bas tersebut.
"Pemandu kereta iaitu seorang wanita berusia 46 tahun dan penumpangnya, 47 tahun bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan dan kes itu itu disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#warga asing
#penunggang motosikal
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan