MALAYSIA
Warga emas maut nahas libat dua kenderaan di Sepang

Seorang wanita warga emas maut manakala empat lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan. - Foto JBPM
SEPANG: Seorang wanita warga emas maut manakala empat lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Teluk Merbau di sini malam tadi.
Kemalangan yang berlaku pada 8.50 malam itu melibatkan kereta Perodua Viva dan sebuah kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sepang dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 8.50 malam.
"Anggota tiba di lokasi pada 9.11 malam dan didapati terdapat lima mangsa yang terlibat. Seorang wanita berumur 70 tahun maut dan dua wanita berusia 20-an cedera parah pada bahagian kepala dan badan," katanya dalam kenyataan hari ini.Dua lagi mangsa lelaki berumur 20-an dan 55 tahun masing-masing mengalami cedera ringan pada lutut dan kedua-dua belah tangan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami