Warga emas maut rempuh plaza tol

Sinar Harian
Mei 19, 2022 13:32 MYT
Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 65 tahun. - Gambar/ Sinar Harian
RAWANG: Seorang warga emas maut selepas kenderaan dipandunya merempuh Plaza Tol Taman Rimba Templer, di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) di sini pada Khamis.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan anggota dan pegawai tiba di lokasi kejadian pada jam 12.22 tengah hari sejurus menerima panggilan kecemasan.
"Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 65 tahun.
"Mangsa telah merempuh tembok penghadang di pondok tol terbabit. Mayat mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertugas di lokasi kejadian.
Artikel asal di Sinar Harian.
#kemalangan maut #plaza tol templer #taman rimba templer #rempuh plaza tol