Warga emas maut, seorang cedera kereta rempuh treler

Azee Shafy
Jun 28, 2022 03:00 MYT
Keadaan kereta mangsa yang merempuah sebuah treler di Jalan Raub-Lipis. - Foto JBPM
RAUB: Seorang warga emas maut, manakala seorang lelaki lagi mengalami kecederaan apabila kereta yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler dekat Jalan Raub-Lipis, hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.10 pagi, dan seramai tujuh anggota termasuk seorang pegawai dari Balai Bomba Raub dikejarkan ke lokasi kejadian.
Menurutnya, mangsa Tan Ang Sian, 83, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak KKM.
"Kejadian membabitkan sebuah kereta Proton Saga dan lori treler, sehingga menyebabkan bahagian depan kereta itu remuk.
"Anggota terpaksa menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit, dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan susulan.
Gambar Ihsan JBPM
#kemalangan #lori treler #warga emas #maut