[TERKINI] Skandal 1MDB: Bradley Hope Dedah Jho Low Hidup Mewah di Shanghai – Dapatkan Perincian Di Sini
MALAYSIA

Warga emas parah ditinju anak sendiri

Sinar Harian 02/06/2025 | 02:30 MYT
Suspek yang memukul bapanya sendiri berjaya ditahan polis dalam kejadian di Kampung Pitas, Bombalai, Tawau. - Foto Sinar Harian
TAWAU: Seorang lelaki warga emas parah akibat ditinju oleh anaknya sendiri dalam kejadian di Kampung Pitas, Bombalai, di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, mangsa yang berusia lingkungan 60-an mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan kepala selepas ditumbuk oleh anak lelakinya yang berusia 23 tahun.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, satu laporan polis telah diterima berhubung kejadian tersebut dan sepasukan anggota telah dikerahkan bagi mengesan suspek.

“Kurang daripada dua jam selepas laporan dibuat, suspek berjaya dikesan berada di kawasan perumahan pekerja di sekitar kawasan tersebut.

“Ketika tangkapan dibuat, suspek cuba melarikan diri dan berlaku pergelutan sebelum berjaya ditahan kira-kira jam 10.30 pagi,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Katanya lagi, hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan seterusnya ditahan di bawah Seksyen 323/326A Kanun Keseksaan.

Beliau dalam pada itu turut menasihatkan orang ramai supaya peka terhadap kesihatan mental dan kawalan emosi dalam kalangan ahli keluarga masing-masing.

“Selesaikan masalah dalam keluarga secara matang bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini,” katanya. - Sinar Harian






#warga emas #cedera parah #tinju #anak