awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas pitam, kereta dipandu rempuh kedai makan

Sinar Harian
Sinar Harian
29/03/2022
23:50 MYT
Warga emas pitam, kereta dipandu rempuh kedai makan
Sebuah kereta yang dipandu wanita warga emas merempuh kedai makan di Batu 13, Hulu Langat, pada Isnin selepas dikatakan pitam dan tertekan pedal minyak. -Foto Sinar Harian
KAJANG: Kereta dipandu seorang warga emas terbabas merempuh sebuah kedai makan di Batu 13, Hulu Langat di sini selepas wanita berkenaan pitam dalam kejadian pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian kira-kira 12.50 tengah hari itu berlaku ketika kereta jenis Toyota Vios yang dipandu wanita berusia 63 tahun itu tiba di kawasan parking hadapan kedai makan terbabit.
"Wanita itu dikatakan ingin tekan brek tetapi tertekan pedal minyak akibat pitam.
"Kenderaan berkenaan gagal dikawal lalu melanggar sebuah motosikal yang diletakkan di kawasan parking sebelum merempuh masuk ke dalam kedai makan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, seorang pelanggan wanita yang ketika itu sedang mengambil makanan cedera dan telah dihantar ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan.
Katanya, insiden itu mengakibatkan kerosakan harta benda di kedai makan terbabit.
"Kes disiasat Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan melulu atau membahayakan," ujarnya.
Mohd Zaid menasihatkan pemandu kenderaan agar memastikan tahap kesihatan yang baik sebelum memandu kenderaan di atas jalan raya untuk mengelakkan berlakunya kemalangan.
"Pengusaha premis perniagaan makanan juga dinasihatkan agar memasang besi keselamatan atau sesuatu struktur yang kukuh agar dapat mengelakkan kemalangan yang seumpamanya," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#warga emas
#rempuh kedai makan
#Batu 13 Hulu Langat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan