Warga emas rentung dalam kebakaran rumah kongsi

Astro Awani
Januari 9, 2022 12:49 MYT
Dalam kejadian jam 12.05 tengah hari itu, mayat Suwardi Allu ditemui selepas kebakaran dipadamkan jam 2.25 petang. - Gambar/ JBPM
KUNAK: Seorang warga emas berusia 64 tahun rentung dalam kebakaran rumah kongsi pekerja di Kunak Jaya Lorong 7, di sini, hari ini.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, dalam kejadian jam 12.05 tengah hari itu, mayat Suwardi Allu ditemui selepas kebakaran dipadamkan jam 2.25 petang.
"Kebakaran itu melibatkan dua blok rumah kongsi pekerja yang kedua-duanya musnah 100 peratus.
"Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke tiga blok rumah berhampiran," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, punca kebakaran belum dikenal pasti dan masih di dalam siasatan.
#warga emas rentung #kunak #rumah kongsi #kebakaran rumah kongsi