Warga emas rentung kereta terbakar langgar pokok

Bernama
September 2, 2021 01:58 MYT
Laporan awal mendapati bahawa nahas dipercayai berlaku setelah kereta dipandu mangsa terbabas dan melanggar sebatang pokok sebelum terbakar. - Astro AWANI
MIRI: Seorang lelaki warga emas rentung apabila kereta jenis Honda yang dipandunya terbakar dalam kemalangan di Jalan Taman Awam di sini, lewat malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak dalam kenyataan hari ini berkata laporan mengenai kejadian itu diterima kira-kira pukul 10.50 malam sebelum sebuah jentera dengan kekuatan sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
Katanya mayat mangsa Tan Kaw Tee, 61, ditemukan di dalam kereta itu selepas operasi memadam kebakaran berjaya dilakukan.
"Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan itu.
Menurut beliau laporan awal mendapati bahawa nahas dipercayai berlaku setelah kereta dipandu mangsa terbabas dan melanggar sebatang pokok sebelum terbakar.
-- BERNAMA
#warga emas #Nahas #terbakar #meninggal dunia