awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas rugi hampir RM200,000 terperdaya pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
02/02/2024
14:25 MYT
Warga emas rugi hampir RM200,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa menerima satu pesanan ringkas daripada nombor tak dikenali yang mengaku sebagai dermawan terkenal dan menawarkan skim pelaburan. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Seorang warga emas kerugian RM178,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata wanita berusia 70-an itu memaklumkan menerima satu pesanan ringkas daripada nombor tidak dikenali yang mengaku sebagai dermawan terkenal dan menawarkan skim pelaburan "Navicap" pada 15 Nov lepas.
"Mangsa seterusnya membuat dua transaksi berjumlah RM178,000 ke dalam akaun yang diberikan oleh suspek.
"Wanita itu menyedari ditipu setelah gagal membuat pengeluaran wang modal dan keuntungan yang dijanjikan bagi pelaburan tersebut atas alasan akaunnya telah dibekukan. Susulan itu, dia membuat laporan polis pagi tadi," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Abdul Malik berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sedang berusahamengesan suspek terlibat untuk siasatan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#scam
#sindiket penipuan
#pelaburan
#mangsa penipuan
#polis
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan