awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengurusan tanah perkuburan Islam di Perlis perlu segera dimantapkan
Lelaki OKU cedera dalam kebakaran babitkan tujuh rumah di Jinjang
Perhebat gerakan boikot, desak hentikan kekejaman ke atas tahanan Palestin - BDS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas rugi hampir RM300,000 ditipu tawaran kerja dalam talian

Bernama
Bernama
27/09/2024
03:35 MYT
Warga emas rugi hampir RM300,000 ditipu tawaran kerja dalam talian
Seorang warga emas kerugian RM291,200 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan dalam talian.
KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas kerugian RM291,200 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan dalam talian.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata, mangsa seorang wanita yang berusia 71 tahun telah berkomunikasi dengan rakannya yang hanya dikenali di laman sosial Facebook pada 22 Ogos lepas.
Beliau berkata mangsa yang juga seorang peniaga dari Kuala Terengganu telah ditawarkan membuat kerja sambilan dengan menjual barangan secara dalam talian dan dijanjikan komisen sebanyak 15 peratus.
"Pengadu perlu mengeluarkan modal bagi barangan yang hendak dijual terlebih dahulu. Suspek berjanji mangsa akan diberikan semula wang modal dan komisen sebanyak 15 peratus daripada modal yang dikeluarkan dalam tempoh sebulan.
"Mangsa yang berminat untuk menambah pendapatan telah membuat 14 kali bayaran menggunakan wang simpanannya ke beberapa akaun di bank berlainan seperti yang diarahkan suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, Azli berkata mangsa mula curiga apabila suspek mengarahkan dia membuat bayaran lain sedangkan wang komisen yang dijanjikan belum diterima.
"Mangsa membuat laporan polis semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Polis menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan pelbagai taktik penipuan pada masa sekarang," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Warga emas kerugian
#scammer
#tawaran kerja
#kerja sambilan dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan