awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas rugi lebih RM100,000 diperdaya 'pegawai polis palsu'

Bernama
Bernama
24/09/2024
14:56 MYT
Warga emas rugi lebih RM100,000 diperdaya 'pegawai polis palsu'
Yahaya berkata lelaki berusia 75 tahun itu menerima panggilan telefon daripada suspek pada 8 Sept lepas yang menyatakan nombor akaun milik pesara berkenaan telah disalahgunakan untuk aktiviti penggubahan wang haram. - Gambar fail/Bernama
KUANTAN: Seorang warga emas kerugian RM184,000 selepas terpedaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman.
Ketua Polis Pahang Dato' Sri Yahaya Othman berkata lelaki berusia 75 tahun itu menerima panggilan telefon daripada suspek pada 8 Sept lepas yang menyatakan nombor akaun milik pesara berkenaan telah disalahgunakan untuk aktiviti penggubahan wang haram.
Yahaya berkata suspek kemudiannya mengarahkan mangsa membuka satu akaun bank baharu dan menyuruhnya memindahkan semua wang ke dalam akaun itu, kononnya untuk semakan Bank Negara.
"Mangsa telah memindahkan sebanyak RM184,000 dan maklumat perbankan turut diberikan kepada suspek. Mangsa turut dijanjikan akan dihubungi setelah semakan selesai dibuat.
"Bagaimanapun, mangsa gagal hubungi pihak berkenaan dan tersedar telah ditipu dan melaporkannya kepada Balai Polis Kuantan. Sumber wang kerugian ini adalah wang simpanan mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihati supaya tidak mudah percaya individu tidak dikenali dan membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan berkaitan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket
#warga emas
#pegawai polis
#mangsa penipuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan