awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada penalti ketidakpatuhan e-Invois dengan syarat pembayar cukai ikut peraturan - LHDN
Indonesia capai tahap sara diri beras - Prabowo
Polis rampas 259 mesin perlombongan bitcoin bernilai RM958,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas rugi lebih RM200,000, diperdaya 'phone scam' menyamar pegawai polis

Aida Aziz
Aida Aziz
21/06/2023
06:27 MYT
Warga emas rugi lebih RM200,000, diperdaya 'phone scam' menyamar pegawai polis
Suspek yang menyamar sebagai anggota polis mendakwa kononnya mangsa terbabit dengan kes jenayah yang memerlukan siasatan berkaitan akaun mangsa. - Gambar hiasan
MANJUNG: Seorang wanita warga emas mengalami kerugian sebanyak RM202,787 akibat terpedaya dengan kes penipuan melalui talian (phone scam) oleh penjenayah yang menyamar sebagai pegawai polis pada Isnin lalu.
Ketua Polis Darrah Manjung, ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata, mangsa berusia 65 tahun itu merupakan seorang pesara pekerja operator kilang elektronik dan menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai polis.
Jelasnya, suspek mendakwa kononnya mangsa terbabit dengan kes jenayah yang memerlukan siasatan berkaitan akaun mangsa.
"Pada 19 Jun jam lebih 1.30 tengah hari, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung telah menerima satu laporan polis berkaitan penipuan phone scam.
"Mangsa telah mengalami kerugian sebanyak RM202,787, berdasarkan rekod bagi bulan Januari hingga 19 Jun tahun 2023, jumlah kerugian melibatkan kes phone scam bagi daerah Manjung sahaja adalah lebih kurang RM2.1 juta, melibatkan 52 kes.
"Pihak polis mendapati antara modus operandi penipuan phone scam adalah suspek menghubungi mangsa dengan menyamar sebagai penguat kuasa, pihak polis, LHDN, SPRM, mahkamah, institusi kewangan atau penghantaran barang (kurier)," katanya kepada pemberita malam tadi.
Beliau menegaskan semua urusan dengan agensi kerajaan hanya dilakukan di pejabat dan bukan melalui telefon.
"Panggilan telefon hanya untuk tujuan janji temu, sebagai langkah pencegahan, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berhati-hati seperti jangan layan panggilan telefon yang tidak dikenali.
"Beritahu pasangan, rakan atau ahli keluarga tentang panggilan yang diterima, semak dengan balai polis terdekat, bank, atau agensi berkaitan untuk pengesahan dan jangan dedah maklumat perbankan kepada mana-mana pihak," katanya.
Katanya lagi, sebarang nasihat atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997.
Topic Berkaitan
#warga emas
#phone scam
#menyamar pegawai polis
#manjung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan