Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
MALAYSIA

Warga emas rugi RM173,506 ditipu 'pegawai' NFCC

Bernama 18/11/2025 | 13:23 MYT
Seorang warga emas berputih mata kerana mengalami kerugian sebanyak RM173,506 selepas terperdaya dengan individu yang menyamar pegawai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC). - Foto hiasan
MUAR: Seorang warga emas berputih mata kerana mengalami kerugian sebanyak RM173,506 selepas terperdaya dengan individu yang menyamar pegawai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata mangsa yang juga pesara swasta itu menerima panggilan telefon pada 12 Okt lepas daripada individu tidak dikenali mendakwa mangsa terlibat dalam urusan kewangan mencurigakan.

Beliau berkata mangsa kemudiannya disambungkan kepada seorang pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, sebelum diarahkan membuat pemindahan wang bagi tujuan siasatan.

"Mangsa telah melakukan 17 transaksi ke beberapa akaun berbeza antara 29 Okt hingga 6 Nov.

"Mangsa yang menyedari dirinya ditipu bertindak membuat laporan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kentaraan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada dalam sebarang urusan melibatkan transaksi kewangan.

-- BERNAMA


#warga emas ditipu #pegawai' NFCC #menyamar #Polis Daerah Muar