MALAYSIA
Warga emas rugi RM469,875 terperdaya skim pelaburan tidak wujud di TikTok
Seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun kerugian RM469,875 selepas terpedaya dengan skim pelaburan palsu yang diiklankan di media sosial TikTok. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun kerugian RM469,875 selepas terpedaya dengan skim pelaburan palsu yang diiklankan di media sosial TikTok.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, mangsa, seorang bekas akauntan, pada mulanya tertarik dengan iklan pelaburan saham Bursa Malaysia sebelum dihubungi seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai wakil pelaburan melalui aplikasi WhatsApp.
"Mangsa kemudiannya dimasukkan ke dalam kumpulan perbualan, diarahkan memuat turun aplikasi tertentu dan melakukan 13 transaksi perbankan antara 8 Okt hingga 28 Nov 2025 ke beberapa akaun bank berbeza yang disyaki berkaitan penipuan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Raub berkata suspek menjanjikan pulangan antara tujuh hingga 15 peratus daripada jumlah pelaburan, namun mangsa hanya menerima keuntungan kecil sebanyak RM14,763 sebelum diminta membuat bayaran tambahan. Apabila mangsa enggan, barulah mangsa sedar dirinya ditipu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebatan dan denda jika disabitkan kesalahan.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap iklan pelaburan di media sosial, membuat semakan melalui portal Semak Mule serta laman sesawang Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia sebelum membuat sebarang pelaburan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes diminta menghubungi IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182289 atau mana-mana balai polis berhampiran.
-- BERNAMA