MALAYSIA
Warga emas rugi RM706,000 akibat sindiket panggilan telefon
Mangsa diminta memindahkan wang ke dua akaun syarikat kononnya bagi tujuan siasatan Bank Negara Malaysia setelah dihubungi oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai Sarjan polis. -Gambar hiasan/Unsplash
KUCHING: Seorang wanita warga emas 75 tahun kerugian RM706,000 akibat sindiket penipuan telefon yang menyamar sebagai polis dan daripada Bank Negara Malaysia (BNM), Ogos lepas.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata mangsa mendakwa dihubungi seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai Sarjan pada 28 Ogos semasa berada di rumah, memaklumkan dirinya terkait jenayah.
"Suspek mendakwa kad pengenalan mangsa mempunyai rekod kesalahan jenayah penipuan dan wang haram sebelum talian disambungkan kepada individu lain.
"Mangsa seterusnya berhubung menerusi WhatsApp dan diarahkan memindahkan wang ke dua akaun syarikat kononnya bagi siasatan BNM," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Alexson berkata mangsa sedar ditipu selepas menceritakan kejadian itu kepada rakan lalu membuat laporan polis.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Seorang wanita warga emas berusia 75 tahun mengalami kerugian sebanyak RM706,000 disebabkan sindiket penipuan telefon yang menyamar sebagai polis dan Bank Negara Malaysia pada bulan Ogos tahun lepas.
- Mangsa diminta memindahkan wang ke dua akaun syarikat kononnya bagi tujuan siasatan Bank Negara Malaysia setelah dihubungi oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai Sarjan polis.
- Selepas menceritakan kejadian kepada rakan, mangsa sedar bahawa dia telah ditipu dan membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata mangsa mendakwa dihubungi seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai Sarjan pada 28 Ogos semasa berada di rumah, memaklumkan dirinya terkait jenayah.
"Suspek mendakwa kad pengenalan mangsa mempunyai rekod kesalahan jenayah penipuan dan wang haram sebelum talian disambungkan kepada individu lain.
"Mangsa seterusnya berhubung menerusi WhatsApp dan diarahkan memindahkan wang ke dua akaun syarikat kononnya bagi siasatan BNM," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Alexson berkata mangsa sedar ditipu selepas menceritakan kejadian itu kepada rakan lalu membuat laporan polis.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah modus operandi sindiket penipuan telefon yang menyebabkan wanita warga emas berusia 75 tahun mengalami kerugian besar?
A: Sindiket tersebut menyamar sebagai polis dan Bank Negara Malaysia, dan memaksa mangsa memindahkan wang ke dua akaun syarikat bagi tujuan siasatan palsu. - Q: Apa tindakan yang diambil oleh mangsa setelah sedar telah ditipu?
A: Mangsa menceritakan kejadian kepada rakan dan mengambil langkah untuk membuat laporan polis berhubung penipuan yang dialaminya. - Q: Adakah pihak berkuasa telah memulakan siasatan terhadap kes penipuan ini?
A: Ya, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan berdasarkan laporan yang dibuat oleh mangsa kepada polis.