MALAYSIA
Warga emas rugi RM736,526 akibat pelaburan tidak wujud dalam talian
Mangsa mendakwa menerima pesanan WhatsApp daripada individu memperkenalkan diri sebagai ejen pelaburan.
KLUANG: Seorang lelaki warga emas kerugian RM736,526 selepas terperdaya dengan pelaburan tidak wujud secara dalam talian, September lepas.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata warga tempatan berusia 73 tahun itu membuat laporan pada Selasa lepas, mendakwa menerima pesanan WhatsApp daripada individu memperkenalkan diri sebagai ejen pelaburan.
Mangsa yang pernah bekerja sebagai pemandu bas di Singapura tertarik dengan tawaran itu kerana menjanjikan pulangan keuntungan tinggi, telah diminta mendaftar akaun pelaburan di laman sesawang diberikan suspek.
"Mangsa membuat bayaran secara berperingkat ke lima akaun bank dari 8 Sept hingga 6 Nov dan mendapati terdapat keuntungan RM5.7 juta dalam akaun pelaburan tersebut.
"Bagaimanapun, dia diminta membuat pembayaran tambahan untuk mengeluarkan wang itu menyebabkan mangsa sedar ditipu kerana tidak menerima pulangan dijanjikan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bahrin berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA