awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Kes 1MDB: Najib didapati bersalah atas semua 25 pertuduhan babitkan dana RM2.3 bilion
Kedutaan nasihatkan rakyat Malaysia elak kawasan sempadan
Konflik Ukraine-Rusia: Zelensky kata akan bertemu Trump dalam masa terdekat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas selesai kuarantin COVID-19 maut ambulans terbabas

Bernama
Bernama
31/08/2021
01:48 MYT
Warga emas selesai kuarantin COVID-19 maut ambulans terbabas
Keadaan ambulans dinaiki mangsa yang terbabas ke dalam longkang di KM21,Jalan Pekan-Batu Balik, Pekan pada petang Isnin. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Seorang warga emas yang baru selesai menjalani kuarantin COVID-19 maut selepas ambulans dinaikinya hilang kawalan dan terbabas ke longkang di Kilometer 21 Jalan Pekan-Batu Balik, Pekan semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata mangsa, lelaki warga tempatan berusia 74 tahun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Pekan pada 10.20 malam tadi.
"Nahas dipercayai berlaku pada 4.15 petang semasa ambulans yang dalam perjalanan menghantar mangsa yang tamat tempoh kuarantin di Hospital Pekan pulang ke rumahnya di Felda Chini, terbabas semasa melalui jalan yang sedang dinaik taraf.
"Kemalangan juga menyebabkan pemandu ambulans dan jururawat yang berada dalam kenderaan itu cedera ringan," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.
Kamarulzaman berkata mangsa yang merupakan pesakit lelah kronik menjalani kuarantin di Hospital Pekan setelah disahkan sebagai kontak rapat pesakit COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#warga emas
#Ambulans
#Nahas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan