MALAYSIA
Warga emas terjatuh semasa mendaki Bukit Berapit
Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 9.08 pagi dan mangsa ditemukan pada 9.29 pagi sebelum diberikan rawatan awal serta dibawa turun. - Gambar hiasan
BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki warga emas berusia 76 tahun dilaporkan terjatuh semasa mendaki di Bukit Berapit, di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian menimpa Wong Wooi San pada 9.08 pagi.
"Mangsa ditemukan dalam keadaan sedar pada 9.29 pagi, namun mengalami kecederaan di bahagian kepala dan diberikan rawatan awal sebelum dibawa turun," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi melibatkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam ditamatkan pada 9.43 pagi selepas mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan.
-- BERNAMA