awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas terperdaya tawaran kerja sambilan di TikTok rugi lebih RM500,000

Bernama
Bernama
29/11/2025
15:15 MYT
Warga emas terperdaya tawaran kerja sambilan di TikTok rugi lebih RM500,000
Alexson Naga berkata sebanyak 49 kertas siasatan kes dengan modus operandi sama telah dibuka tahun ini melibatkan kerugian berjumlah RM2.26 juta. - Gambar fail/Bernama
Kuching: Seorang wanita warga emas kerugian lebih RM500,000 setelah menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi TikTok.

Ringkasan AI
  • Wanita warga emas rugi lebih RM500,000 disebabkan penipuan tawaran kerja sambilan menerusi TikTok.
  • Mangsa, berusia 71 tahun, terpedaya dengan tawaran komisen lumayan dan membuat 23 transaksi pembayaran ke akaun bank berbeza.
  • Polis Kuching mengesan 49 kes serupa tahun ini dengan kerugian keseluruhan RM2.26 juta, menasihatkan orang ramai berwaspada terhadap tawaran kerja dalam talian yang meragukan.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata mangsa berusia 71 tahun telah menerima tawaran kerja menerusi mesej yang dihantar oleh individu tidak dikenali pada sekitar September lepas melalui TK Shop.
"Tertarik dengan tawaran komisen yang lumayan, mangsa bersetuju menyertai program tersebut dan diberikan beberapa tugasan untuk mendapatkan komisen yang lumayan yang dijanjikan setelah tugas tersebut diselesaikan.
"Sepanjang membuat 'kerja sambilan' itu, mangsa telah membuat 23 kali transaksi pembayaran membabitkan RM527,130 ke 16 akaun bank berbeza seperti diarahkan dan menyedari dirinya tertipu apabila gagal mendapatkan komisen seperti dijanjikan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebatan dan denda jika disabitkan kesalahan.
Sementara itu, Alexson Naga berkata sebanyak 49 kertas siasatan kes dengan modus operandi sama telah dibuka tahun ini melibatkan kerugian berjumlah RM2.26 juta.
'Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap tawaran kerja sambilan secara dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan, segera membuat semakan dengan pihak berkuasa jika tawaran itu meragukan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#TikTok
#modus operandi
#pihak berkuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan