MALAYSIA
Warga emas tertimbus tanah runtuh ditemukan maut
Bomba memberitahu mayat mangsa ditemukan di tingkat bawah rumahnya pada 10.35 pagi. - Gambar/ JBPM
KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga emas berusia 97 tahun yang dilaporkan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Sarapung, Penampang malam tadi, ditemukan maut hari ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sabah dalam kenyataan hari ini, memaklumkan mayat mangsa ditemukan di tingkat bawah rumahnya pada 10.35 pagi.
"Lelaki itu berjaya dikeluarkan pada 10.45 pagi dan bomba dengan polis serta penduduk kampung mengangkat mangsa sejauh 750 meter ke kawasan selamat.
"Mangsa diserahkan kepada polis dan operasi tamat pada 11.30 pagi," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, JBPM Sabah menerima laporan dua mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu, namun seorang wanita berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung.
Pasukan bomba berdepan kesukaran ke tempat kejadian kerana laluan terhalang akibat banjir dan tanah runtuh, selain perlu berjalan sejauh tiga kilometer untuk sampai ke situ.
-- BERNAMA