awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas tular seret anjing disahkan nyanyuk - Polis

Bernama
Bernama
17/06/2025
05:30 MYT
Warga emas tular seret anjing disahkan nyanyuk - Polis
Tangkap layar video tular memaparkan kejadian seekor anjing diseret oleh warga emas menaiki motosikal. - Gambar/ FB Kedah Version
SUNGAI PETANI: Lelaki yang tular di media sosial kerana menyeret seekor anjing di belakang motosikal di Bandar Puteri Jaya dekat sini, Ahad lepas, disahkan sebagai warga emas berusia 82 tahun yang mengalami masalah nyanyuk dan mudah lupa.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki warga emas berusia 82 tahun yang mengalami masalah nyanyuk disahkan sebagai individu yang menyeret anjing di belakang motosikal di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani.
  • Lelaki itu mengaku perbuatannya tetapi tidak ingat sebab melakukannya. Anjing tersebut telah diselamatkan oleh orang awam dan sedang menerima rawatan di klinik haiwan.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan dan lelaki terbabit tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata lelaki itu, semasa soal siasat mengaku melakukan perbuatan itu terhadap anjing peliharaannya, namun tidak dapat mengingati sebab berbuat demikian.
"Lelaki itu hanya menyedari kejadian tersebut selepas ditahan oleh orang awam semasa kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Hanyan anjing berkenaan telah dibawa oleh orang awam ke sebuah klinik haiwan berhampiran dan akan diserahkan kepada pihak veterinar selepas selesai menerima rawatan.
Pemeriksaan juga mendapati lelaki itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau, dan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, tular sebuah video di Facebook memaparkan seekor anjing yang diikat dan diseret di belakang motosikal yang ditunggang seorang lelaki sehingga haiwan itu mengalami kecederaan. Kejadian itu dipercayai berlaku pada 4.30 petang Ahad lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#video tular
#warga emas
#seret anjing
#dera anjing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami