Warga Filipina dipenjara enam bulan, sebatan masuk secara haram

Ruzaini Zulkepli
April 13, 2018 05:50 MYT
Anggota polis membawa keluar Marsan Ajilul@Anuar Mohamad Asnalul dari Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini. - Foto Astro AWANI
Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan satu sebatan bagi kesalahan mengikut Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959 terhadap seorang lelaki yang ditahan kerana menyertai kumpulan Abu Sayyaf.
Hakim Azreena Aziz, menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap tertuduh, Marsan Ajilul @ Anuar Mohamad Asnalul, 31 tahun, yang masuk ke negara ini sekitar Ogos 2017 hingga 15 Mei 2018.
Tertuduh yang berkerja sebagai juru kimpal itu, ditahan pada 15 Mac lalu susulan penangkapan enam individu di Johor yang disyaki terbabit dalam kumpulan pengganas Daish.
Sementara itu, dalam prosiding yang sama mahkamah turut menetapkan 21 Mei ini untuk sebutan semula kes Marsan Ajilul yang turut didakwa sebagai anggota pengganas Abu Sayyaf di Sabah.
Suspek yang berasal dari Zamboanga, Filipina dan tidak diwakili peguam itu mengangguk faham selepas hukuman dan pertuduhan dibacakan.
Pendakwaan dilaksanakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Farrah Farizah Wan Ghazali.
#Abu Sayyaf #daish #Kota Kinabalu #mahkamah #militan #pengganas #penjara #sebatan