MALAYSIA
Warga India pukul isteri, anak guna botol arak di Malaysia
Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.25 pagi semalam selepas berlaku pertengkaran antara suspek dengan isterinya yang berusia 38 tahun. - Gambar hiasan
LABUAN: Polis menahan seorang lelaki warga India berusia 34 tahun berhubung kejadian keganasan rumah tangga yang menyebabkan isterinya dan anak lelaki berusia 10 tahun cedera parah di Kampung Tanjung Aru, awal pagi semalam.
Ringkasan AI
Timbalan Ketua Polis Labuan DSP Robin @ Ridzuan Ismail berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 1.25 pagi selepas berlaku pertengkaran antara suspek dengan isterinya yang berusia 38 tahun.
"Suspek dipercayai memukul mangsa menggunakan botol minuman keras sehingga menyebabkan kecederaan pada hidung, mulut dan belakang kepala.
"Anak lelaki mangsa yang cuba meleraikan pergaduhan turut mengalami luka parah pada pipi kiri. Kedua-dua mangsa kini dirawat di Hospital Labuan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan berjaya menahan suspek pada pukul 8 malam, hari yang sama.
Suspek direman hingga 13 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.
"Polis Labuan memandang serius semua bentuk keganasan rumah tangga dan tidak akan berkompromi dalam kes penderaan fizikal terhadap wanita serta kanak-kanak," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang lelaki warga India berusia 34 tahun ditahan polis selepas disyaki mencederakan isterinya dan anak lelaki berusia 10 tahun menggunakan botol minuman keras dalam kejadian di Kampung Tanjung Aru pada awal pagi 2 Ogos.
- Mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian hidung, mulut dan kepala, manakala anak lelaki turut cedera di pipi ketika cuba meleraikan pergaduhan; kedua-duanya kini dirawat di Hospital Labuan.
- Suspek direman sehingga 13 Ogos bagi siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, denda atau sebatan jika sabit kesalahan.