awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Indonesia di ESSZone perlu berwaspada ketika turun ke laut

Bernama
Bernama
12/03/2019
23:11 MYT
Warga Indonesia di ESSZone perlu berwaspada ketika turun ke laut
Djati menasihatkan rakyat Indonesia yang masih mahu menjalankan sebarang aktiviti di laut supaya mengambil langkah keselamatan dengan melibatkan pasukan keselamatan di ESSZone. - Gambar hiasan
Konsulat Republik Indonesia (KRI) di Tawau mengingatkan seluruh rakyat republik itu terutama nelayan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) agar berwaspada ketika turun ke laut.
Konsul RI Tawau, Sulistijo Djati Ismojo berkata peringatan itu juga ditujukan kepada majikan kapal di ESSZone supaya tidak menggunakan tenaga kerja Indonesia sementara waktu bagi menangkap ikan.
"Kalau boleh nelayan Indonesia jangan ke laut sehingga pihak keselamatan menjamin situasi keselamatan yang kondusif," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Djati mengulas perkara itu susulan laporan media mengenai maklumat risikan negara jiran yang mengesan pergerakan mencurigakan beberapa anggota kumpulan Abu Sayyaf yang menggunakan bot laju dari Selatan Filipina menuju ke ESSZone.
Sementara itu, katanya rakyat Indonesia yang masih mahu menjalankan sebarang aktiviti di laut perlu mengambil langkah keselamatan dengan melibatkan pasukan keselamatan di ESSZone.
Di samping itu, Djati berkata majikan kapal juga perlu melengkapkan semua kapal dengan peralatan komunikasi yang berfungsi baik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bot
#ESSZONE
#Indonesia
#keselamatan
#nelayan
#pihak keselamatan
#Tawau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan