awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat warga Sepanyol hilang selepas bot karam di perairan Indonesia
Perniagaan Jepun terjejas akibat pengurangan pelancong China
New York dilanda salji tebal, ribuan perjalanan terganggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Indonesia diculik: Polis ambil keterangan mangsa yang dibebaskan

Bernama
Bernama
10/07/2016
09:00 MYT
Warga Indonesia diculik: Polis ambil keterangan mangsa yang dibebaskan
Empat orang warga Indonesia yang ditinggalkan di kapal tersebut, tiga lagi rakan mereka dipercayai diculik. - Foto PDRM
Tiga rakyat Indonesia diculik lima lelaki bersenjata di perairan Felda Sahabat, dekat sini ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan pada 11.40 malam tadi.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata mangsa yang dikenali sebagai Lorence Koten, 34; Teo Dorus Kopong, 42; dan Emanuel, 46; bekerja di sebuah kapal pukat tunda milik syarikat tempatan yang turut dinaiki empat anak kapal.
Katanya, ketika kejadian kesemua tujuh anak kapal yang berada di atas kapal pukat tunda itu sedang melakukan aktiviti menangkap ikan, sebelum dipintas sebuah bot laju yang dinaiki lima penjenayah berkenaan.
"Apabila berjaya memintas kapal pukat tunda itu, tiga daripada suspek yang antaranya bersenjatakan senapang M16 dan M14 naik ke atas kapal dan bertindak menggeledah dan mengambil semua telefon serta beberapa dokumen termasuk pas pengecualian perintah berkurung.
"Suspek kemudiannya melarikan tiga mangsa berkenaan. Bagaimanapun empat lagi anak kapal dibebaskan oleh penjenayah itu," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Abdul Rashid berkata semasa kejadian itu tiada sebarang kekerasan serta kecederaan dilaporkan dan kempat-empat mangsa yang dibebaskan kini sedang diambil keterangan oleh pihak polis bagi membantu siasatan.
Beliau berkata siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa culik berkenaan mempunyai pasport dan mengikut keterangan mangsa yang dibebaskan, suspek menggunakan Bahasa Melayu, namun bukan loghat tempatan.
"Setakat ini belum ada panggilan telefon yang diterima oleh majikan untuk meminta wang tebusan dan kami berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi...bagi peluang polis untuk menjalankan siasatan lanjut," katanya.
Topic Berkaitan
#culik
#felda sahabat
#Lahad Datu
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan