MALAYSIA
Warga Indonesia dipenjara tiga bulan guna salinan kad pengenalan palsu
Abdul Adi (tengah) diiringi polis selepas didapati bersalah menggunakan dokumen palsu untuk mendapatkan lesen beca dan kad NIOSH. -Foto Sinar Harian
MELAKA: Seorang lelaki warga Indonesia dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini selepas mengaku bersalah menggunakan salinan kad pengenalan palsu milik orang lain selama 12 tahun.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin menjatuhi hukuman itu terhadap Abdul Adi, 47, dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 8 Jan lepas.
Tertuduh didakwa tanpa kuasa sah atau sebab munasabah menggunakan salinan kad pengenalan milik orang lain selepas hasil perbandingan kedua cap ibu jari dan imej daripada Cabutan Daftar Kad Pengenalan JPN.KP10 tidak sepadan dan tidak merujuk kepada tertuduh.
Abdul Hadi didapati menggunakan salinan kad pengenalan tersebut untuk mendapatkan lesen beca Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) pada 2023 selain menggunakannya bagi mendapatkan kad Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH).
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pada 12 tengah hari, 8 Jan lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Peraturan 25(1)(e) Akta Pendaftaran Negara 1959 dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Tertuduh dalam rayuannya memohon supaya hukuman ringan dikenakan atas alasan dia menyara isteri dan tiga anak yang masih bersekolah.
Pegawai pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka Mohd Nasrom Mohd Yusof memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh berikutan tindakannya boleh mengancam keselamatan negara.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Seorang lelaki warga Indonesia dipenjara tiga bulan kerana menggunakan kad pengenalan palsu milik orang lain selama 12 tahun.
- Majistret Ayer Keroh menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Abdul Adi, 47, selepas didapati bersalah menggunakan dokumen palsu untuk mendapatkan lesen beca dan kad NIOSH.
- Pegawai pendakwa memohon hukuman berat atas alasan keselamatan negara, walaupun tertuduh merayu hukuman ringan kerana menyara keluarga.
Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin menjatuhi hukuman itu terhadap Abdul Adi, 47, dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 8 Jan lepas.
Tertuduh didakwa tanpa kuasa sah atau sebab munasabah menggunakan salinan kad pengenalan milik orang lain selepas hasil perbandingan kedua cap ibu jari dan imej daripada Cabutan Daftar Kad Pengenalan JPN.KP10 tidak sepadan dan tidak merujuk kepada tertuduh.
Abdul Hadi didapati menggunakan salinan kad pengenalan tersebut untuk mendapatkan lesen beca Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) pada 2023 selain menggunakannya bagi mendapatkan kad Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH).
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pada 12 tengah hari, 8 Jan lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Peraturan 25(1)(e) Akta Pendaftaran Negara 1959 dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Tertuduh dalam rayuannya memohon supaya hukuman ringan dikenakan atas alasan dia menyara isteri dan tiga anak yang masih bersekolah.
Pegawai pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka Mohd Nasrom Mohd Yusof memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh berikutan tindakannya boleh mengancam keselamatan negara.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah kesalahan yang membuat seorang lelaki warga Indonesia dipenjara tiga bulan?
A: Abdul Adi dipenjara tiga bulan kerana menggunakan salinan kad pengenalan palsu milik orang lain selama 12 tahun. - Q: Apa tindakan yang diambil oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh terhadap tertuduh?
A: Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan terhadap Abdul Adi dan memerintahkannya menjalani hukuman bermula dari tarikh penangkapan. - Q: Mengapa pegawai pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh?
A: Pegawai pendakwa memohon hukuman berat kerana tindakan Abdul Adi boleh mengancam keselamatan negara.