KOTA TINGGI: Seorang lelaki warga Indonesia maut manakala rakannya cedera dalam insiden runtuhan struktur rumah di Felda Papan Timur, di sini, pada Khamis.
Menurut Pegawai Bomba Kanan II Mohd Hazmi Zulkifli dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Bandar Penawar, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan melalui talian MERS999 pada 2.42 petang, Khamis.
Katanya, sejurus menerima panggilan tersebut, dua jentera dari dari BBP Penawar dengan sembilan anggota bomba dihantar ke lokasi.
"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi didapati berlaku kemalangan di tempat kerja berpunca akibat runtuhan struktur rumah ketika kerja-kerja pembaikan dilakukan.
"Terdapat dua mangsa terlibat dalam insiden ini. Seorang mangsa yang mengalami kecederaan telah dihantar ke Klinik Kesihatan Bandar Mas bagi mendapatkan rawatan sementara seorang lagi mangsa tersepit di dalam runtuhan bangunan tersebut.
"Mangsa tersepit berjaya dikeluarkan oleh PKO dengan bantuan jengkaut milik orang awam namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang turut berada di lokasi," katanya.
Mangsa yang meninggal dunia kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi ditamatkan pada jam 4.58 petang Khamis. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Sep 29 2023

Anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Foto JBPM

PM Anwar individu pertama Malaysia miliki Digital ID
Digital ID ialah suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta.
![[LAPOR LANGSUNG] Raja Jordan desak Israel benar lebih banyak bantuan ke Gaza [LAPOR LANGSUNG] Raja Jordan desak Israel benar lebih banyak bantuan ke Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701384826_TBQatariRedCrescent.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Raja Jordan desak Israel benar lebih banyak bantuan ke Gaza
Raja Abdullah berkata, tindakan Israel terus menahan aliran bantuan ke Gaza adalah tidak boleh diterima.

WhatsApp boleh sembunyi perbualan guna frasa rahsia khas
Melalui ciri baharu ini, pengguna boleh tetapkan sebuah frasa kod rahsia dan menyembunyikan sesuatu perbualan di sebalik frasa itu.

Banjir: Terengganu pulih, jumlah mangsa meningkat di Kelantan
Tiga mangsa daripada satu keluarga yang berlindung di PPS SK Atas Tol dibenarkan pulang ke kediaman mereka selepas banjir surut.

'Buat ujian saringan kepada pelancong China'
Ia susulan terdapat laporan mengenai peningkatan penyakit berkaitan pernafasan dan radang paru-paru melibatkan kanak-kanak di China.

UECL: Tiga polis cedera dalam insiden keganasan sebelum perlawanan
Pelbagai objek dilontarkan kepada pihak polis oleh penyokong pasukan pelawat itu berhampiran Villa Park.
AWANI Pagi: Kekang stigma terhadap kanser prostat
AWANI Pagi bersama bekas pesakit kanser prostat,Tan Sri Nazir Razak dan Pakar Urologi dan Profesor Madya Klinikal, Hospital Gleneagles , Dr George Lee membincangkan mengenai bagaimana menakluki stigma penyakit ini serta apa peranan golongan lelaki dalam mengekang stigma terhadap kanser prostat.
#AWANInews
#AWANInews

Ops Patuh: JPJ keluar 122,208 notis pelbagai kesalahan
Operasi tersebut dilaksanakan selama 29 hari bermula 1 Nov dengan memeriksa 719,766 kenderaan.

121 rakyat Malaysia pulang dari Laukkaing, Myanmar
Mereka yang berumur antara 20-an dan 50-an serta kebanyakannya adalah mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan.

Enggan serah hak milik rumah, lelaki cederakan ibu angkat
Semakan rekod mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau iaitu dua kes dadah dan satu jenayah.

Warga Indonesia maut insiden runtuhan struktur rumah
Kemalangan di tempat kerja itu berpunca akibat runtuhan struktur rumah ketika kerja-kerja pembaikan dilakukan.