Seorang warganegara Jerman ditemukan mati didalam sebuah bilik hotel mewah di Seberang Jaya, Pulau Pinang pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Ralf Der, 56 tahun ditemui pekerja hotel berkenaan kira kira jam 8.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata lelaki berkenaan berada di negara ini atas urusan kerja dan mendaftar masuk ke hotel berkenaan pada 24 Februari lepas .

Kali terakhir lelaki itu dilihat rakannya pada jam 4 petang Sabtu lalu.

Pemerikaan awal ke atas mayat di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah dan polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kes mati mengejut.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat.