awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Kanada maut terjatuh dari tingkat 12

Sinar Harian
Sinar Harian
12/10/2021
22:30 MYT
Warga Kanada maut terjatuh dari tingkat 12
Seorang lelaki warganegara Kanada ditemui maut berhampiran kawasan permainan yang terletak di tingkat tujuh sebuah kondominium di Pusat Bandar Puchong. -Gambar hiasan
PUCHONG: Seorang lelaki warganegara Kanada ditemui maut berhampiran kawasan permainan yang terletak di tingkat tujuh sebuah kondominium di Pusat Bandar Puchong di sini pada malam Isnin.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan daripada ketua pengawal keselamatan yang bertugas di perumahan tersebut sekitar jam 7.05 malam.
"Pihak polis menerima panggilan telefon mengatakan terdapat seorang lelaki terbaring dan tidak sedarkan diri di kawasan taman permainan di tingkat tujuh," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Anbalagan berkata, mayat warga emas berusia 78 tahun itu ditemui oleh seorang petugas kebersihan di kawasan pokok bunga sebelum beliau memaklumkan kepada rakannya.
Menurutnya, hasil siasatan forensik mendapati warga emas itu tinggal bersendirian dan tiada unsur jenayah ditemui di kediaman mangsa yang terletak di tingkat 12.
"Pihak keselamatan kondominium telah membawa polis ke rumah dipercaya dihuni oleh mangsa dan mendapati pintu rumah berada dalam keadaan berkunci.
"Pemeriksaan lanjut oleh pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah," jelas beliau.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
*Berita asal di Sinar Harian

Topic Berkaitan
#bedah siasat
#lelaki warganegara Kanada
#kondominium di Pusat Bandar Puchong
#taman permainan di tingkat tujuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan