MALAYSIA
Warga Kemboja didenda RM900, guna kekerasan jenayah, keluar kata-kata kesat di KLIA
Majistret Khairatul Animah Jelani membuat keputusan itu selepas menerima pengakuan bersalah Lin Weida, 42, setelah kedua-dua pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah. - Gambar hiasan
SEPANG: Seorang lelaki warga Kemboja hari ini didenda RM900 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menggunakan kekerasan jenayah dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap dua petugas syarikat penerbangan pada 28 Sept lepas.
Ringkasan AI
Majistret Khairatul Animah Jelani membuat keputusan itu selepas menerima pengakuan bersalah Lin Weida, 42, setelah kedua-dua pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Ejen pelancongan itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap pegawai keselamatan Batik Air Sheikh Muhammad Syafiq Sh Khalid di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7.50 malam 28 Sept lepas mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya.
Bagi kesalahan ini, Khairatul Animah mengenakan hukuman denda RM800 atau penjara sebulan.
Weida juga didakwa menggunakan kata-kata kesat terhadap kru kabin Batik Air Yuszai Yusof pada hari sama kira-kira 5.20 petang dalam penerbangan OD606 dari Hong Kong ke KLIA Terminal 1 mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan denda maksimum RM100 dan bagi kesalahan ini, mahkamah mengenakan hukuman denda RM100 atau penjara sebulan.
Tertuduh membayar denda yang dikenakan ke atasnya bagi kedua-dua kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norfarhanim Abdul Halim manakala tertuduh diwakili peguam M. Sivam.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Lin Weida, warga Kemboja berusia 42 tahun, didenda RM900 oleh Mahkamah Majistret Sepang selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap petugas Batik Air pada 28 September.
- Kesalahan pertama melibatkan kekerasan terhadap pegawai keselamatan di KLIA dan dikenakan denda RM800, manakala kesalahan kedua melibatkan kata-kata kesat terhadap kru kabin dalam penerbangan dari Hong Kong ke KLIA dengan denda RM100.
- Tertuduh membayar semua denda yang dikenakan; pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norfarhanim Abdul Halim dan tertuduh diwakili peguam M. Sivam.