awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Kemboja disyaki rogol anak saudara di kedai pakaian direman

Sinar Harian
Sinar Harian
01/02/2024
06:10 MYT
Warga Kemboja disyaki rogol anak saudara di kedai pakaian direman
Suspek warga Kemboja mendapat perintah reman selama tujuh hari oleh Majistret Mahkamah Jasin, di sini, pada Khamis. - Gambar/ Sinar Harian
JASIN: Seorang lelaki warga Kemboja ditahan kerana disyaki merogol anak saudaranya berusia 13 tahun di kedai pakaian milik keluarga mereka di Merlimau, di sini, pada Rabu.
Suspek berusia 27 tahun itu ditahan kira-kira jam 12 tengah malam di rumahnya di Bukit Katil susulan laporan polis yang dibuat mangsa berhubung kejadian itu.
Difahamkan, ketika kejadian lebih kurang jam 3.30 petang, mangsa yang merupakan pelajar Tingkatan Satu didakwa hanya berdua bersama suspek dalam kedai pakaian itu memandangkan isteri suspek keluar menghantar pakaian kepada peniaga lain.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, berdasarkan laporan mangsa mendakwa ketika sedang berehat di depan kedai, suspek memanggilnya ke bahagian belakang kedai.
Menurutnya, suspek kemudian meraba kemaluan pengadu dan menyuruh pengadu diam sebelum merogol mangsa.
"Setelah selesai, suspek memberi amaran kepada pengadu supaya tidak memberitahu kepada sesiapa tentang kejadian itu.
"Pengadu menangis selepas kejadian itu lalu menghubungi ibu saudaranya dan menceritakan kejadian yang berlaku," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.
Ujarnya, siasatan lanjut mendapati, kejadian berlaku di bilik belakang kedai pakaian dan tiada rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) saksi kejadian.
"Suspek kini direman selama tujuh hari bermula Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol," katanya lagi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#rogol anak saudara
#warga Kemboja
#kedai pakaian
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan