[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

Warga KL diminta waspada, 4 sungai utama di Lembah Klang lepasi paras bahaya

Astro Awani 18/12/2021 | 15:17 MYT
Sungai Klang berdekatan LRT Bandaraya dilapor sudah melepasi tebing. - Foto DBKL
KUALA LUMPUR: Penduduk di Kuala Lumpur diminta bersedia dengan segala kemungkinan banjir susulan hujan yang telah berlanjutan lebih 24 jam.
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengeluarkan amaran itu selepas empat sungai utama telah melepasi paras bahaya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Empat sungai tersebut ialah Sg. Batu di Sentul, Sg. Klang di Tun Perak, Sg. Gombak di Jalan Tun Razak dan Sg. Kerayong di Razak Mansion.
"Bersedia dengan segala kemungkinan banjir," katanya di laman sosial beliau.
BACA: Banjir: Jalan utama sekitar KL ditenggelami air
Beliau meminta orang ramai yang ingin membuat aduan banjir untuk menghubungi Bilik Gerakan Banjir JPSKL di talian 03-22028142 atau aduan melalui SISPAA JPS.
Banjir | Situasi di Lembah Kelang
#Tuan Ibrahim Tuan Man #banjir kilat #Banjir Kuala Lumpur #Bilik Gerakan Banjir JPSKL