[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
GADGETS

Warga Malaysia sanggup beratur 3 hari di Singapura demi iPhone X

Kohilah Sekaran 03/11/2017 | 06:04 MYT
Tular di media sosial gambar suasana di beberapa lokasi yang memaparkan keterujaan peminat yang berjaya membeli iPhone X.
iPHONE X mula dilancarkan di beberapa negara hari ini.
Seperti yang dijangkakan, peminat produk Apple dilihat sanggup beratur dan berkhemah di kaki lima premis untuk memiliki keluaran terbaharu produk syarikat itu.
Susulan pengumuman pelancaran produk tersebut, tular di media sosial gambar suasana di beberapa lokasi yang memaparkan keterujaan peminat yang berjaya membeli iPhone X.
Antara yang menarik perhatian ialah gelagat seorang pengguna Apple dari Malaysia yang dilapor sanggup bermalam selama tiga hari demi mendapatkan iPhone X.
Berikut adalah foto situasi pelancaran iPhone 10 di seluruh dunia.
Amerika Syarikat
Menurut media antarabangsa, ada beberapa orang di Georgetown dibayar untuk beratur bagi pihak lain. Mereka dikatakan dibayar sebanyak AS $1000, iaitu kira-kira RM4,000.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Singapura
Selain penduduk Singapura, pengguna Apple dari negara jiran seperti Malaysia dan Thailand yang masih belum diumum penjualan dilihat beratur untuk memiliki telefon itu.
Seorang pengguna Apple dari Malaysia, Herri dilapor bermalam di hadapan premis di sini selama tiga hari untuk membeli iPhone X buat dirinya dan juga isteri.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Australia
Cawangan Apple di Sydney adalah yang pertama di dunia menjual iPhone terbaharu itu, dan pembeli beratur seawal hari Selasa untuk membelinya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jepun
Pembeli membanjiri cawangan Apple di Ginza, Jepun sejak awal pagi hari ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Walaupun harga telefon itu dilihat tinggi (AS$900), namun ia tidak menghalang peminat Apple untuk membeli produk terbaharu itu.
Rata-rata netizen berkata model terkini ini menandakan satu revolusi baharu dalam dunia telefon bimbit Apple.
Dilengkapi dengan rekaan skrin menyeluruh dan bingkai yang sangat nipis, iPhone X tampil dengan pelbagai ciri yang menarik.
Antaranya ialah pengecasan tanpa wayar, penggunaan muka sebagai pengecaman identiti (Face ID), paparan Super Retina dan penggunaan dwikamera 12 megapixel di belakang serta 7 megapixel di hadapan.
Bagaimanapun, tarikh penjualan di Malaysia masih belum diumumkan.
#iPhone 10 #iphone x #media sosial #telefon pintar #Twitter #United Kingdom