awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Myanmar didakwa cuai hingga akibatkan kematian anak saudara di Ampang

Noor Izwan Noordin
Noor Izwan Noordin
02/07/2019
08:25 MYT
Warga Myanmar didakwa cuai hingga akibatkan kematian anak saudara di Ampang
Lokasi kejadian di mana Sahena Bibi Rahim Ullah meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian dahi setelah terkena kipas siling. -Gambar fail
Seorang lelaki warga Myanmar yang melambung anak saudara perempuannya berusia dua tahun sehingga maut selepas terkena kipas siling bulan lalu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang, pada Selasa.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Hairul Amin Harul Rushid, 24, ketika prosding di hadapan Hakim Norhazani Hamzah memandangkan lelaki itu tidak faham bahasa Melayu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga penganggur itu didakwa telah bertindak secara cuai ke atas Sahena Bibi Rahim Ullah yang berusia dua tahun sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian dahi dan meninggal dunia.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di ruang dapur sebuah rumah di Taman Sri Raya, Tasek Tambahan pada 16 Jun lalu.
Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Terdahulu semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abd Razak memohon mahkamah menetapkan tarikh baharu bagi kehadiran jurubahasa Myanmar memandangkan tertuduh langsung tidak faham pertuduhan.
Berikutan itu mahkamah menetapkan 17 Julai ini untuk sebutan semula kes dan pada tarikh jurubahasa Myanmar akan hadir bagi membaca pertuduhan.
Tiada ikat jamin diberikan kepada tertuduh.
Topic Berkaitan
#Hairul Amin Harul Rushid
#Mahkamah Sesyen Ampang
#maut terkena kipas siling
#Norhazani Hamzah
#Raihanah Abd Razak
#Sahena Bibi Rahim Ullah
#Seksyen 31
#Taman Sri Raya
#warga myanmar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan