awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Myanmar mengamuk, cederakan diri

Sinar Harian
Sinar Harian
08/11/2021
20:30 MYT
Warga Myanmar mengamuk, cederakan diri
Mangsa berjaya ditahan dengan bantuan anggota bomba menggunakan semburan air. - Foto Sinar Harian
BERUAS: Seorang warga Myanmar dipercayai kurang siuman bertindak agresif dengan mengamuk dan mencederakan diri sendiri menggunakan besi dalam satu kejadian di sebuah rumah di Pantai Remis di sini pada Isnin.
Dalam kejadian sekitar jam 10 pagi itu, lelaki berusia 37 tahun dan bekerja sebagai nelayan itu turut membaling batu dan memecahkan cermin rumah sambil memegang besi.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, maklumat kejadian itu diterima daripada orang awam memaklumkan terdapat seorang lelaki sedang mengamuk di dalam rumah.
Menurut beliau, polis yang tiba ke lokasi berjaya mengawal keadaan mangsa dengan bantuan anggota bomba menggunakan semburan air.
"Lelaki itu berjaya ditangkap dengan bantuan anggota bomba dan pemeriksaan pada tubuh badannya tidak menemui sebarang dokumen perjalanan yang sah.
"Dia kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Pantai Remis untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana mengalami kecederaan parah di bahagian pergelangan tangan kanan," katanya.
Beliau berkata, setakat ini, punca kejadian masih belum dikenal pasti dan polis akan mendapatkan maklumat lanjut daripada majikan serta rakan.
"Buat masa ini kes disiasat atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 kerana tiada dokumen perjalanan yang sah," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Akta Imigresen
#warga myanmar
#mengamuk
#kurang siuman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan