MALAYSIA
Warga Myanmar terlepas tali gantung, dipenjara 30 tahun bunuh majikan
Seorang lelaki warga Myanmar terlepas daripada hukuman mati selepas Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman tersebut dengan penjara 30 tahun serta 12 sebatan atas kesalahan membunuh majikannya, seorang wanita tempatan, tujuh tahun lalu. - Foto hiasan
PUTRAJAYA: Seorang lelaki warga Myanmar terlepas daripada hukuman mati selepas Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman tersebut dengan penjara 30 tahun serta 12 sebatan atas kesalahan membunuh majikannya, seorang wanita tempatan, tujuh tahun lalu.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Nazlan Mohd Ghazali, Datuk Azmi Ariffin dan Datuk Dr. Choo Kah Sing, pada 17 April lepas, mengekalkan sabitan terhadap Than Nwe Soe namun membenarkan rayuannya untuk mengetepikan hukuman mati yang dijatuhkan sebelum ini.
Mahkamah turut memerintahkan Than menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan, iaitu pada 13 April 2018.
Dalam penghakiman bertulis bertarikh 6 Jun, Hakim Azmi berkata bahawa mahkamah menggunakan budi bicara seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 bagi menggantikan hukuman mati dengan hukuman penjara.
Menurut beliau, akta yang berkuat kuasa pada 4 Julai 2023 memberi kuasa kepada mahkamah untuk menjatuhkan hukuman penjara antara 30 hingga 40 tahun serta tidak kurang daripada 12 sebatan, sekiranya hukuman mati tidak dikenakan.
Katanya selepas meneliti semua keterangan, mahkamah mendapati fakta kes ini sesuai untuk penggunaan budi bicara tersebut.
Beliau berkata, rayuan tertuduh terhadap sabitan tidak mempunyai merit dan sabitan terhadap kesalahan membunuh adalah selamat untuk dikekalkan.
Mahkamah turut diberitahu bahawa tertuduh bersama seorang lagi individu yang masih bebas bertanggungjawab menyebabkan kematian mangsa, Goh Geok Leng, 43.
Rakan sekerja tertuduh dimaklumkan bahawa mayat mangsa disorokkan dalam sebuah kontena, sebelum polis menjumpainya di bawah kontena yang dijadikan tempat tinggal oleh tertuduh.
Hakim Azmi berkata bahawa hasil siasatan turut menemui DNA tertuduh dan mangsa di lokasi berkenaan, sekali gus mengukuhkan kes pihak pendakwaan.
Pada 30 Jan 2023, Mahkamah Tinggi Johor Bahru menjatuhkan hukuman mati terhadap Than selepas mendapati dia bersalah membunuh majikannya.
Kesalahan itu dilakukan di premis Yu-Win Motor Trading Sdn. Bhd., Kampung Sri Purnama, Johor pada pukul 2 petang, 13 April 2018.
Mangsa ditemui dalam keadaan separuh bogel, mata dan mulut ditutup serta diikat dengan kain, manakala tangan dan kaki digari menggunakan rantai yang dikunci dengan mangga.
-- BERNAMA