awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
Rumah Putih rancang sidang kemuncak pertama Lembaga Keamanan pada 19 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Nepal alami kemurungan, kelar leher sendiri hingga mati

Astro Awani
Astro Awani
07/05/2020
14:22 MYT
Warga Nepal alami kemurungan, kelar leher sendiri hingga mati
Hasil bedah siasat yang dijalankan pada jam 10.30 pagi Khamis mengesahkan kematian mangsa berpunca daripada kecederaan hirisan pada leher menggunakan objek tajam seperti pisau. - Foto PDRM
Seorang lelaki warga Nepal ditemui maut dengan kesan kelar pada lehernya dalam kejadian di sebuah rumah di Flat Taman Tanjung Indah, Mak Mandin, Butterworth.
Mayat Rajaram Chaudhry yang berusia 22 tahun itu ditemui dalam keadaan meniarap berlumuran darah di bahagian anjung luar rumah.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, polis menerima panggilan daripada seorang wanita yang memaklumkan salah seorang pekerjanya ditemui cedera parah pada jam 11.30 malam Rabu.
Norzainy berkata, polis yang tiba dilokasi mendapati lelaki itu sudah tidak bernyawa dan pemeriksaan mendapati mayatnya lengkap berpakaian namun beg duit jam, barang kemas dan telefon tidak ditemui pada tubuhnya.
Pemeriksaan luaran pula mendapati terdapat kesan luka besar di bahagian leher mangsa bagaimanapun, tiada kesan luka di tangan dan bahagian anggota badan lain.
Polis turut menemui pisau sepanjang 26 sentimeter (cm) kira-kira 10 cm dari mayat mangsa.
Norzainy berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa telah mengelar lehernya sendiri setelah didapati mengalami kemurungan sejak tiga hari lalu.
Soal siasat yang dijalankan ke atas rakan-rakan mangsa mendakwa dia berhadapan masalah kemurungan sejak beberapa hari lalu.
Siasatan mendapati rumah tersebut adalah rumah pekerja yang menempatkan seramai 10 warga Nepal, sejak tiga bulan lalu.
Hasil bedah siasat yang dijalankan pada jam 10.30 pagi Khamis mengesahkan kematian mangsa berpunca daripada kecederaan hirisan pada leher menggunakan objek tajam seperti pisau.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Topic Berkaitan
#mangsa
#maut
#mayat
#Nepal
#Rajaram Chaudhry
#Seberang Perai
#siasatan
#warga asing
#warga Nepal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan