[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
NATIONAL

Warga Nepal maut terjatuh dalam mesin tepung

Abd Razak Mohd Ali 26/09/2019 | 15:48 MYT
Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 8.47 malam. - JBPM
Seorang pekerja warga Nepal maut selepas dikatakan terjatuh ke dalam mesin tepung sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Tasik di sini, pada Khamis malam.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 8.47 malam.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati seorang mangsa warga Nepal berumur 37 tahun telah terjatuh ke dalam mesin penyejuk tepung.
“Mangsa juga disahkan maut oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya, anggota bomba dan penyelamat telah mengeluarkan mangsa dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi tamat pada 9.48 malam.
#bomba #JBPM #kemalangan #mesin tepung #pekerja asing #warga Nepal